Jangan Salah Faham – Fungsi Berbeza, Sistem Berbeza
Dlm sistem perpaipan dan kumbahan rmh atau bangunan, ramai yang keliru antara manhole, inspection chamber (IC) dan septic tank. Walaupun ketiga-tiganya berada di bawah tanah dan berkait dgn paip, fungsi dan cara kerjanya sgt² berbeza.
Meh kita tengok sini secara ringkas dan jelas supaya kita semua tak tersalah bina atau tersalah faham;
A) Manhole (Lurang Pembetung)
Apa tu?
- Manhole ialah ruang silinder yang lebih besar dan dalam, dibina daripada konkrit atau bahan tahan lasak, lengkap dengan penutup besi dan tangga dalaman.
Fungsi utama Manhole:
- Akses untuk kerja penyelenggaraan paip kumbahan
- Tempat pemeriksaan saluran utama
- Laluan masuk pekerja untuk kerja pembaikan
Ciri-ciri:
- Biasanya dalam dan cukup besar untuk orang masuk
- Ada tangga besi di dalam
Digunakan pada sistem kumbahan utama atau saluran besar
Kesimpulan mudah:
Manhole = Akses untuk manusia masuk dan buat kerja servis.
*
B) Sump / Inspection Chamber (IC)
Apa itu?
- Inspection Chamber ialah ruang kecil berbentuk segi empat atau bulat yang menghubungkan paip masuk dan paip keluar.
Fungsi utama:
- Mengawal arah aliran kumbahan
- Tempat pemeriksaan sekatan (blockage)
- Titik sambungan antara beberapa paip
Ciri-ciri:
- Lebih kecil berbanding manhole
- Tidak cukup besar untuk orang dewasa masuk
- Ada saluran aliran (flow channel) di dasar
Kesimpulan mudah:
Inspection Chamber = Tempat tengok dan cek aliran paip.
C) Septic Tank (Tangki Najis)
Apa itu?
- Septic tank ialah tangki rawatan kumbahan domestik sebelum air dilepaskan ke sistem perparitan atau tanah.
Fungsi utama:
- Mengasingkan pepejal dan cecair
- Mengurai sisa secara semula jadi (proses bakteria)
- Menghasilkan effluent (air kumbahan yang telah dirawat sebahagian)
Lapisan dalam septic tank:
- Scum layer (lapisan minyak & lemak di atas)
- Liquid effluent (cecair di tengah)
- Sludge (enapan pepejal di bawah)
Penting:
- Septic tank perlu disedut secara berkala untuk elak penuh dan tersumbat.
Kesimpulan mudah:
Septic Tank = Tempat proses & rawat najis sebelum dilepaskan.
